Saturday, July 14, 2012

Bersihkan PC Anda Dengan CCleaner


CCleaner berfungsi mencari dan membuang temporary file dalam komputer dengan pantas. Ia juga boleh membaiki registry dalam Windows. Jika anda biasa menggunakan 1-Click-Maintenance dari Tune Up Utilities, CCleaner ini sama saja fungsinya, tetapi lebih pantas dan percuma (percuma tu yang penting nye ^^).
Ccleaner

Apakah itu temporary file?

Apabila satu-satu program dijalankan dalam Windows, ia akan menghasilkan fail sementara yang dipanggil temporary file. Namun setelah program ini ditutup, temporary file ini dibiarkan begitu sahaja. Lama-kelamaan temporary file ini semakin banyak dan akan membazirkan ruang di dalam hard disk.
CCleaner juga boleh memadam history bagi Internet Explorer, Firefox, Opera, serta banyak aplikasi lain, termasuklah Media Player, eMule, Kazaa, Google Toolbar, dan banyak lagi.

Saya lupa di mana sumbernya yang mengatakan, CCleaner hampir mengalahkan Firefox dalam undian software paling berguna… dengan perbezaan satu undi sahaja.
READ MORE - Bersihkan PC Anda Dengan CCleaner

SpeedFan: Ketahui Suhu PC Anda



Kebelakangan ini CPU saya selalu berbunyi, sebagai amaran bahawa ianya terlalu panas. Keadaan ini agak merbahaya kerana satu-satu komponen dalam komputer boleh rosak sekiranya suhunya terlalu tinggi. Jadi saya cuba mencari satu software yang dapat memaparkan suhu CPU, agar saya dapat membuat permerhatian dengan mudah.
SpeedFan adalah sebuah software yang dapat melakukan tugas tersebut. Ia dapat mengakses sensor haba pada motherboard anda untuk memaparkan suhu bagi CPU, hard disk, dan sistem komputer anda. Sekiranya suhu satu-satu komponen adalah terlalu tinggi, lambang api akan dipaparkan pada komponen tersebut.
speedfan
Dapatkan SpeedFan di sini.
Nota: SpeedFan adalah sebuah perisian kompleks yang mampu mengubah nilai FSB, kelajuan kipas komputer, dan settings bagi jam. Jauhi fungsi-fungsi ini sekiranya anda tidak berpengalaman.


READ MORE - SpeedFan: Ketahui Suhu PC Anda

Saturday, June 30, 2012

READ MORE -

Saturday, June 23, 2012

READ MORE -

Friday, June 22, 2012

Matikan fungsi AutoPlay pada Windows 7 untuk mengelakkan virus



Fungsi AutoPlay dalam Windows pada asalnya dibina untuk memudahkan pengguna. Apabila anda memasukkan media luar seperti USB drive atau external hard disk, Windows akan menjalankan aplikasi tertentu berdasarkan AutoPlay yang telah ditetapkan.

Malangnya fungsi ini telah disalahgunakan oleh pembuat virus untuk menjangkiti komputer anda. Virus tersebut diprogramkan untuk dilancarkan secara automatik apabila fungsi autoplay diaktifkan. Sebab itulah, lebih elok jika anda mematikan terus fungsi AutoPlay ini.

Cara-cara nak matikan fungsi AutoPlay pada Windows 7

1. Buka Control Panel dan taipkan ‘AutoPlay’ di dalam kotak carian. Anda akan nampak kategori AutoPlay dipaparkan. Klik pada ‘Change default settings for media or devices’
control-panel-autoplay
2. Kosongkan kotak ‘Use AutoPlay for all media and devices’. Tekan butang Save.
autoplay-disable
Semudah itu sahaja, fungsi AutoPlay anda telah dimatikan bagi mengurangkan risiko komputer anda dijangkiti virus. Dan jangan lupa untuk memasang antivirus pada komputer anda sebagai perlindungan utama terhadap virus.
BY.AREMIEN
READ MORE - Matikan fungsi AutoPlay pada Windows 7 untuk mengelakkan virus
READ MORE -

Cara untuk membuat Celcom Broadband modem USB menjadi laju


Lihat toturial
1. seperti yang anda lihat dari pic di atas, pastikan pilihan 2 tidak disemak (setiap PC / laptop mempunyai taip yang berbeza dari nama modem dalaman)Langkah-langkah bagi pengguna Window XP:(Pergi ke network connection>> klik kanan Vodafone Mobile Connect> Properties> anda akan melihat cara yang sama seperti gambar di atas .



Langkah-langkah bagi pengguna WindowVISTA:


Pergi ke control panel>Network dan internet,view network status and task>view status>properties>uncheck the 2nd option in the box


PENTING!!!
Mesti anda menggunakan modem yang berlainan.Shah Guna modem HUAWEI mobile.
Ikut langkah yang sama jer


Default dialling number *99#
Tukar ke *99***2#


Disconnect Modem anda


Connect balik modem anda




Speed internet sebelum melakukan setting


Speed internet selepas melakukan Setting


Untuk menguji Kelajuan internet anda sila layari http://www.speedtest.net/

Selamat Mencuba....
READ MORE - Cara untuk membuat Celcom Broadband modem USB menjadi laju