Saturday, July 14, 2012

Bersihkan PC Anda Dengan CCleaner


CCleaner berfungsi mencari dan membuang temporary file dalam komputer dengan pantas. Ia juga boleh membaiki registry dalam Windows. Jika anda biasa menggunakan 1-Click-Maintenance dari Tune Up Utilities, CCleaner ini sama saja fungsinya, tetapi lebih pantas dan percuma (percuma tu yang penting nye ^^).
Ccleaner

Apakah itu temporary file?

Apabila satu-satu program dijalankan dalam Windows, ia akan menghasilkan fail sementara yang dipanggil temporary file. Namun setelah program ini ditutup, temporary file ini dibiarkan begitu sahaja. Lama-kelamaan temporary file ini semakin banyak dan akan membazirkan ruang di dalam hard disk.
CCleaner juga boleh memadam history bagi Internet Explorer, Firefox, Opera, serta banyak aplikasi lain, termasuklah Media Player, eMule, Kazaa, Google Toolbar, dan banyak lagi.

Saya lupa di mana sumbernya yang mengatakan, CCleaner hampir mengalahkan Firefox dalam undian software paling berguna… dengan perbezaan satu undi sahaja.
READ MORE - Bersihkan PC Anda Dengan CCleaner

SpeedFan: Ketahui Suhu PC Anda



Kebelakangan ini CPU saya selalu berbunyi, sebagai amaran bahawa ianya terlalu panas. Keadaan ini agak merbahaya kerana satu-satu komponen dalam komputer boleh rosak sekiranya suhunya terlalu tinggi. Jadi saya cuba mencari satu software yang dapat memaparkan suhu CPU, agar saya dapat membuat permerhatian dengan mudah.
SpeedFan adalah sebuah software yang dapat melakukan tugas tersebut. Ia dapat mengakses sensor haba pada motherboard anda untuk memaparkan suhu bagi CPU, hard disk, dan sistem komputer anda. Sekiranya suhu satu-satu komponen adalah terlalu tinggi, lambang api akan dipaparkan pada komponen tersebut.
speedfan
Dapatkan SpeedFan di sini.
Nota: SpeedFan adalah sebuah perisian kompleks yang mampu mengubah nilai FSB, kelajuan kipas komputer, dan settings bagi jam. Jauhi fungsi-fungsi ini sekiranya anda tidak berpengalaman.


READ MORE - SpeedFan: Ketahui Suhu PC Anda