Sunday, June 17, 2012

Laman Web Beli-Belah Online

Dengan meningkatnya populariti laman web seperti AirAsia dan Groupon Malaysia, pengguna tempatan kini semakin selesa dengan pembelian melalui Internet. Ianya menjimatkan masa, anda tidak perlu keluar dan boleh melakukan segala urusan terus dari rumah. Berapa kerapkah anda menggunakan perkhidmatan seperti ini? Artikel pada kali ini akan menyenaraikan laman web yang boleh memudahkan urusan anda setiap hari.



                                                                        Maybank2U


 



 Maybank2U adalah laman tempatan yang paling kerap dilawati oleh rakyat Malaysia (mengikut senarai Alexa). Pelbagai urusan perbankan boleh dilakukan seperti memindahkan wang atau membeli kredit tambah nilai bagi telefon. Malah jika anda mempunyai kad debit Maybank (setiap pemegang akaun Maybank akan mempunyai kad ini), anda boleh menggunakannya sebagai kad kredit untuk pembelian di laman web seperti AirAsia dan Amazon.

                                                                              AirAsia





AirAsia telah mencetuskan revolusi dalam meyakinkan pengguna Malaysia untuk membuat pembelian secara online. Dengan harga tiket yang sangat murah, anda boleh membuat tempahan tiket serta mengatur jadual penerbangan terus di laman web ini.


                                                                           Groupon





Groupon telah membawa pembelian online di Malaysia ke tahap yang baru di mana ia menawarkan produk, perkhidmatan, pakej percutian, dan banyak lagi. Bukan sahaja anda dapat meneroka pelbagai tempat baru di bandar anda, malah anda dapat menikmatinya pada harga yang sangat rendah.

                                                                   Amazon Kindle






 Amazon memang dikenali sebagai laman beli-belah pertama antarabangsa. Namun saya sendiri tidak menggunakannya sehinggalah munculnya Kindle, di mana anda boleh mendapatkan segala jenis buku dalam bentuk elektronik, terus dihantar kepada komputer/peranti anda. Bukan sahaja anda berpeluang mendapatkan pelbagai tajuk yang terbaru, malah ianya juga lebih murah berbanding buku fizikal yang biasa.  

Steam



 



Steam membuka mata saya yang perisian asli tidak semestinya mahal. Steam menawarkan pelbagai permainan komputer lama dan baru, dan ianya juga akan terus dihantar kepada komputer anda.



0 comments:

Post a Comment