Saturday, July 14, 2012

SpeedFan: Ketahui Suhu PC Anda



Kebelakangan ini CPU saya selalu berbunyi, sebagai amaran bahawa ianya terlalu panas. Keadaan ini agak merbahaya kerana satu-satu komponen dalam komputer boleh rosak sekiranya suhunya terlalu tinggi. Jadi saya cuba mencari satu software yang dapat memaparkan suhu CPU, agar saya dapat membuat permerhatian dengan mudah.
SpeedFan adalah sebuah software yang dapat melakukan tugas tersebut. Ia dapat mengakses sensor haba pada motherboard anda untuk memaparkan suhu bagi CPU, hard disk, dan sistem komputer anda. Sekiranya suhu satu-satu komponen adalah terlalu tinggi, lambang api akan dipaparkan pada komponen tersebut.
speedfan
Dapatkan SpeedFan di sini.
Nota: SpeedFan adalah sebuah perisian kompleks yang mampu mengubah nilai FSB, kelajuan kipas komputer, dan settings bagi jam. Jauhi fungsi-fungsi ini sekiranya anda tidak berpengalaman.


0 comments:

Post a Comment